Jika Pandai Bahasa Inggeris, Anda Boleh Buat Kelas Tuisyen | Kerjaya Hunt

Jika Pandai Bahasa Inggeris, Anda Boleh Buat Kelas Tuisyen

Menguasai atau pandai Bahasa Inggeris bukanlah satu perkara yang susah, tetapi saya juga tidak mengatakan ia mudah. Tidak susah dan tidak mudah, kerana ia berada dalam jangkauan anda.

Jika Pandai Bahasa Inggeris, Anda Boleh Buat Kelas Tuisyen

Orang lain boleh melakukannya, saya telah melakukannya. Kenapa anda tidak boleh pula? Saya pun ada dua mata. Anda pun ada dua mata. Kita sama pada zahirnya. Bezanya hanyalah, anda harus berusaha lebih sedikit kerana USAHA ITU TANGGA KEJAYAAN.

Selain dari menjadi penterjemah, kalau anda mahir 
Bahasa Inggeris anda juga boleh menjadi guru tuisyen Bahasa Inggeris atau nama glamornya Tutor Bahasa Inggeris.

Bayaran yang dikenakan untuk kelas 
Bahasa Inggeris ketika ini agak memberangsangkan. Contohnya, kelas tuisyen MUET sahaja bayarannya ialah RM50-60 ringgit satu jam. Bayangkan jika kelas dalam sebulan ialah 4 jam.

Jadi jumlah sebulan yang anda dapat ialah RM200-240. Jika anda ada 10 pelajar. Bukankah anda akan dapat RM2000 sebulan? Ini hanya part time..bukan full time.

Kalau tidak bukan kelas tuisyen MUET pun, anda masih boleh buka kelas tuisyen untuk adik-adik di sekolah rendah dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Sekarang ini, masyarakat kita semakin sedar akan kepentingan BI. Ibubapa pun sibuk memasukkan anak-anak mereka ke kelas tuisyen BI. Ini peluang anda. Tepuk dada, tanya selera.

Mari tingkatkan kemahiran Bahasa Inggeris anda!!

Nak Lulus Cemerlang Dalam Exam MUET? Klik Sini! --> Panduan MUET