22 Tips Cara Hilangkan Takut Semasa MUET Speaking | Kerjaya Hunt

22 Tips Cara Hilangkan Takut Semasa MUET Speaking

Anda mesti pernah rasa takut atau gementar ketika berucap terutamanya jika anda disuruh untuk bercakap dalam bahasa inggeris. Saya pun pernah rasa begitu juga, dalam artikel saya beri 22 tips cara untuk hilangkan rasa takut semasa MUET speaking.

22 Tips Cara Hilangkan Takut Semasa MUET Speaking


Nak tahu bagaimana mengatasi masalah ini?

Ikuti 22 petua dibawah bagi membendung rasa takut dan gementar semasa berucap dalam Task A dan B (MUET Speaking):

1. Berdoa kepada Tuhan agar anda diberi ketenangan dan kejayaan ketika berucap.

2. Tarik nafas dalam-dalam bagi mengurangkan ketegangan pada tubuh. Langkah ini dapat mengurangkan rasa gugup anda ketika berhadapan dengan calon-calon lain.

3. Anggap calon-calon lain sebagai rakan anda.

4. Elakkan menjalin pertemuan mata dengan setiap calon sebaliknya melihat kearah aras kepala setiap calon seolah-olah anda melihat mereka.

5. Datang lebih awal ketempat ujian Speaking anda supaya anda dapat mengenali dan menguasai lokasi terbabit. Dekati calon lain dan berbual dengan mereka kerana secara psikologinya ia memberi keyakinan apabila anda mila berucap.

6. Jalin hubungan mata dengan calon lain dengan mesra dan melemparkan senyuman kepada mereka atau mengangguk kerana dengan cara itu anda tidak merasa tertekan berbanding melihat wajah yang serius.

7. Yakinkan diri bahawa anda akan berjaya dan bersikap positif. Calon-calon sebenarnya tidak ingin melihat anda gementar atau takut kerana mereka mahu mendengar ucapan umum yang baik dan berinformasi.

8. Elakkan daripada memegang kertas kerana jika anda gementar ia akan kelihatan terketar-ketar dan ini akan menambahkan perasaan gementar serta tertekan.

9. Cuba hafal kenyataan minit-minit awal supaya anda akan kelihatan yakin berada di hadapan.

10. Tanya soalan juga satu cara untuk membunuh rasa takut dan gementar.

11. Buat persediaan yang cukup kerana kajian mendapati kurangnya persiapan membuatkan anda lebih gementar. Dapatkan data, statistik, maklumat dan contoh yang sesuai supaya anda dilihat sepuluh langkah di hadapan berbanding calon-calon lain.

12. Belatih dan terus berlatih membuatkan anda lebih bersedia. Jika tidak mahu bercakap di hadapan rakan anda, gunakan cermin sebagai langkah berlatih.

13. Ketahui rakan-rakan anda di dalam bilik kuarantin kerana ia dapat menyesuaikan anda dengan bahan ucapan, contoh humor dan sebagainya.

14. Jangkakan soalan kerana anda akan bersiap sedia dengan jawapannya jika ia ditanya.

15. Jangan tunjukkan ketakutan anda kepada calon lain kerana mereka tidak akan tahu sekiranya anda tidak menunjukkan dengan perbuatan anda.

16. Elakkan daripada menghafal seluruh isi kandungan dan ayat utama dalam teks ucapan anda kerana ia lebih memberi tekanan.

17. Lakukan senaman kecil seperti menekan tapak tangan atau kaki kelantai tetapi jangan sampai ia kelihatan ketara di mata calon-calon lain.

18. Bunuh fikiran negatif dan jangan biarkan ia menguasai minda dan emosi anda. Fikir positif akan memberi keyakinan berbanding kegagalan.

19. Fokus kepada ucapan dan elakkkan daripada melakukan atau memikirkan perkara lain seperti apa calon-calon memikirkan mengenai anda.

20. Awasi cara anda duduk kerana cara duduk juga membantu anda mengurangkan tekanan.

21. Minum air kosong untuk membasahkan tekak sebelum anda memulakan ucapan.

22. Bercakap dengan perlahan kerana jika anda berucap dengan pantas ia seolah-olah memperlihatkan anda ingin segera menghabiskan ucapan selain memburukkan keadaan

Untuk mendapatkan lebih lanjut mengenai ujian peperiksaan MUET Speaking, dapatkan ebook Rahsia Lulus MUET di sini --> Pakej Lengkap Rahsia Lulus MUET