Tujuan Temuduga | Kerjaya Hunt

Tujuan Temuduga

Tujuan utama temuduga diadakan ialah untuk memilih calon yang benar-benar layak untuk tujuan organisasi berkenaan. Dalam perkara ini, pihak majikan akan menyenarai pendek nama calon-calon. Calon-calon yang dipanggil temuduga biasanya adalah calon-salon yang layak belaka dari segi kelayakan tersurat atau bertulis (berdasarkan borang permohonan). 

Tujuan Temuduga

Maka temuduga dijalankan untuk mengenalpasti betul-betul calon yang akan dipilih itu sememangnya mempunyai kelayakan dari berbagai-bagai aspek (terutamanya yang tidak dapat dinilai melalui borang permohonan) seperti motivasi dan kesungguhan, minat, personaliti, keupayaan berfikir, pengalaman dan sebagainya.

Tujuan Lain Temuduga:

  • Untuk melihat ciri-ciri personaliti anda
  • Untuk mengetahui dan membuktikan pengetahuan, kemahiran dan bakat anda
  • Untuk mengetahui dan membuktikan pencapaian akademik dan latihan yang pernah anda ikuti.
  • Untuk mendapatkan maklumat tentang pengalaman bekerja anda (jika ada)
  • Untuk menilai motivasi dan keinginan anda bekerja
  • Untuk menanya / memberitahu anda akan jenis pekerjaan dan tanggungjawab pekerjaan yang dipohon / ditawarkan.


Nak lebih banyak tips berkaitan temuduga?

Download ebook PERCUMA 'Asas Bagaimana Menghadiri Temuduga Kerja Kerajaan' --> KLIK SINI