Anda seharusnya bersedia dari segi mental, fizikal dan juga psikologi sebelum menghadiri temuduga.
" Berhubung dengan perkara di atas tuan/puan adalah dijemput untuk menghadiri temuduga ................................. seperti butiran di bawah
TEMPAT : .......................................
MASA : .....................................
TARIKH : ..................................... "
Apabila anda menerima sepucuk surat yang kandungannya lebih kurang berbunyi sepeerti di atas, ini bermakna anda akan menghadapi satu temuduga. Mungkin ada di antara anda akan rasa gembira dan mungkin juga tiba-tiba degupan jantung anda semakin kuat, ataupun kedua-dua keadaan itu anda akan alami serentak.

Tambahan pula inilah temuduga yang pertama dalam hidup anda. Jika anda berperasaan begitu adalah sesuatu yang normal.
Keputusan untuk menghadiri temuduga adalah ditangan anda. Sekiranya anda beranggapan ianya penting bagi anda, maka anda tidak perlu ragu-ragu lagi, anda pasti menghadirinya.
Keputusan untuk menghadiri temuduga adalah ditangan anda. Sekiranya anda beranggapan ianya penting bagi anda, maka anda tidak perlu ragu-ragu lagi, anda pasti menghadirinya.
Dalam beberapa perkara, terutama temuduga untuk mendapatkan biasiswa ataupun pelajaran lanjutan, kadang-kadang minat untuk minat untuk mengahdiri temuduga tersebut sudah rendah disebabkan minat terhadap kursus/biasiswa tersebut sudah tidak ada, ataupun sudah mendapat tawaran yang lain.
Walau bagaimanapun, anda dicadangkan juga untuk menghadiri temuduga tersebut (jika boleh) sekurang-kurangnya anda mendapat pengalaman ataupun ditakdirkan satu masa anda berubah fikiran untuk meminati kusus/biasiswa tersebut.
Sekiranya anda mendapat panggilan temuduga dan memang berniat untuk menghadirinya, seharusnya anda merasa amat bertuah kerana terpilih untuk ditemuduga.
Sekiranya anda mendapat panggilan temuduga dan memang berniat untuk menghadirinya, seharusnya anda merasa amat bertuah kerana terpilih untuk ditemuduga.
Ini bermakna anda adalah calon yang layak dan mendapat perhatian pihak majikan berbanding dengan ramai calon lain yang tidak terpilih. Anda seharusnya gembira dan berfikiran lebih positif.
Inilah peluang anda untuk menunjukkan anda benar-benar sesuai dan sememangnya anda adalah calon yang akan dipilih. Anda seharusnya ‘setkan’ dalam diri anda bahawa semasa temuduga nanti, andalah calon yang dicari-cari oleh majikan.
Pastikan apabila tamatnya temuduga nanti, pihak majikan akan berasa kerugian sekiranya tidak memilih anda.