Bagaimana Temuduga Dijalankan? | Kerjaya Hunt

Bagaimana Temuduga Dijalankan?

Kebiasaanya calon-calon akan dipanggil untuk ditemuduga melalui surat, telegram ataupun panggilan telefon. Panggilan temuduga biasanya dibuat seminggu ataupun dua minggu sebelum tarikh sebenarnya.

Bagaimana Temuduga Dijalankan?

Temuduga boleh dijalankan secara formal ataupun tidak formal. Walau bagaimanapun anda seharusnya menganggap temuduga yang akan dihadapi itu adalah sesuatu yang formal.


Temuduga biasanya dijalankan dalam satu bilik (setting) khas dimana di dalamnya terdiri daripada beberapa orang ahli panel. Walau bagaimanapun, dalam hal-ha yang tertentu ianya dikendalikan oleh seorang sahaja ahli panel. 

Biasanya anda akan duduk berhadapan dengan semua ahli panel dan masing-masing akan mengemukakan soalan-soalan kepada anda. Selalunya masa yang diambil untuk satu-satu temuduga adalah tidak tetap, bergantung kepada ahli panel dan juga kepada sejauhmana anda menguasai sesi soal jawab tersebut.

Nak lebih banyak tips berkaitan temuduga?

Download ebook PERCUMA 'Asas Bagaimana Menghadiri Temuduga Kerja Kerajaan' --> KLIK SINI