Jawatan Perangkawan Gred E41 | Kerjaya Hunt

Jawatan Perangkawan Gred E41

Anda dipanggil untuk peperiksaan online atau temuduga jawatan Perangkawan Gred E41

Untuk semakan sama ada anda dipanggil atau tidak, anda boleh semak di sini --> Semakan Peperiksaan Online Perangkawan Gred E41

Jawatan Perangkawan Gred E41

Jika anda dipanggil untuk peperiksaan tersebut, ini maklumat yang perlu anda tahu mengenai jawatan Perangkawan Gred E41...

Kumpulan:

  • Pengurusan dan Profesional

Kem./Jab.: 

  • Jabatan Perangkaan Malaysia

Jadual Gaji:

  • Gaji Minimum: RM1,914.00
  • Gaji Maksimum: RM8,649.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM225.00

Syarat Lantikan:

  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang ekonomi atau statistik atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • [ Gaji Permulaan : RM2,117.57 ] atau
  • Associateship Institute of Statisticians London atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
  • [ Gaji Permulaan : RM2,117.57 ] atau
  • Ijazah Sarjana dalam bidang ekonomi atau statistik atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
  • [ Gaji Permulaan : RM2,526.41 ] dan
  • lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Perangkaan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Perangkawan Gred E41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  • mempunyai kelayakan di atas; atau
  • lulus Peperiksaan Khas; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab mengurus program dan aktiviti pengumpulan, pemprosesan, penganalisisan, penyediaan laporan dan penyebaran data dalam bidang ekonomi makro, perdagangan, kependudukan, demografi, tenaga manusia, alam sekitar dan bidang lain-lain yang diperlukan dari semasa ke semasa untuk perancangan pembangunan dan pentadbiran negara.

Itulah antara maklumat yang anda perlu tahu mengenai jawatan Perangkawan Gred E41. Harap maklumat ini dapat membantu anda. 

Semoga berjaya!

Sedang mencari panduan temuduga untuk kerja kerajaan? Anda boleh cuba panduan ini --> Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan