6 Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Resume | Kerjaya Hunt

6 Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Resume

6 Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Resume

Setiap kali anda nak mohon sesuatu jawatan dari syarikat, mesti anda kena buat resume kan?

Tapi...

Anda tak tahu cara nak buat resume? Tak tahu apa format menulis resume? terutamanya anda yang baru je lepas habis belajar.

Dulu saya pun macam anda juga, lepas habis belajar, nak cari kerja pula...tapi tak tahu cara nak tulis resume. Lepas tu, apa lagi...tiru je la member punya. Asalkan ada resume siap.

Sekarang, saya dah tahu caranya...saya ajar anda pula...

Kalau anda nak tahu cara buat resume yang lengkap, saya pun tak tahu...sebab semuanya terpulang kepada pengalaman-pengalaman hidup anda yang lepas.

Bagi saya la, resume yang baik adalah resume yang kemas, mudah dibaca dan difahami oleh bakal majikan anda. Kalau resume tu lawa dan tebal pun, majikan tak suka...mereka campak je ke tong sampah, sebab ada beribu-ribu lagi resume yang perlu dibaca.

Ok, sekarang anda fikirkan cara nak buat resume yang suka dibaca oleh bakal majikan anda.

Sebelum tu, ni saya nak beri 6 perkara yang perlu anda tahu sebelum mula buat resume...


1) Anda perlu tahu apa yang anda perlu buat?

Dengan menyoal diri anda dulu, anda akan lebih bersedia untuk untuk dapatkan jawatan yang anda mohon. Anda akan letakkan sasaran dengan mencari apa kriteria-kriteria yang majikan anda mahukan. Anda perlu buat kajian dulu mengenai syarikat tersebut.

Apa yang perlu anda kaji adalah;
  • syarat-syarat kelayakan syarikat tersebut
  • apa produk syarikat
  • siapa pelanggan syarikat
  • carta organisasi syarikat

Selain itu, saya sarankan juga anda untuk buka website syarikat tersebut. Mungkin ada lagi maklumat yang perlu anda tahu.


2) Senaraikan semua ciri-ciri yang anda ada yang boleh bantu syarikat anda.

Anda perlu tahu apa ciri-ciri peribadi anda, positif dan negatif, supaya anda bersedia menjawab segala soalan yang ditanya oleh majikan anda.

Ciri-ciri yang saya maksudkan bukan ciri-ciri yang umum seperti saya seorang yang berfikiran terbuka, saya seorang cepat belajar dan lain-lain.

Anda perlu jadikan ciri-ciri peribadi lebih menarik seperti saya seorang yang boleh menyelesaikan masalah dengan pantas, saya boleh menerima kritikan dan pendapat dari orang lain, saya sentiasa fokus, konsisten dan komited dalam melakukan sesuatu kerja...lain-lain tu, anda boleh fikirkan sendiri.


3) Apa pengalaman anda berkaitan dengan jawatan yang anda ingin mohon?

Soalan yang ni ada 2 kategori iaitu
  1. fresh graduate 
  2. berpengalaman.

Untuk fresh graduate, anda mesti ada pengalaman dalam latihan industri. Ada yang 3 bulan, ada yang 6 bulan. Anda boleh masukkan pengalaman-pengalaman tersebut dalam resume anda walaupun kadang-kadang ada tugasan yang diberi tidak berkaitan dengan jawatan yang anda mohon.

Bagi anda yang berpengalaman, anda perlu senaraikan syarikat-syarikat yang pernah anda bekerja sebelum ini seperti;
  • Nama syarikat
  • Jawatan Anda
  • Berapa lama anda bekerja?
  • Skop kerja anda.
  • Projek yang pernah anda kendailkan


4) Senarai semua pencapaian dan kemahiran anda yang boleh membantu syarikat tersebut.

Cuba senaraikan apa pencapaian dan kemahiran yang ada pada diri anda sekarang seperti;
  • kemahiran bahasa
  • kemahiran komputer
  • sukan yang anda main
  • pertandingan yang anda sertai

Lagi banyak lagi bagus, mungkin ada tidak perasan yang kemahiran dan pencapaian anda ini dapat membantu naikkan kualiti resume anda.


5) Senaraikan tahap pendidikan yang dapat membantu anda dapatkan jawatan tersebut

Bagi anda yang ada kelulusan seperti Diploma, Degree, Master dan Phd dan sebagainya, anda perlu muatkan dalam resume anda dengan selengkapnya.

Tulis institusi mana anda dapatkan kelulusan tersebut, beritahu sekali CGPA terakhir anda. Tak usah malu kalau CGPA anda rendah kerana anda masih lagi ada aset diri yang anda dapat semasa belajar.

Aset diri ini sebenarnya lebih penting berbanding CGPA anda. Ini sebenarnya yang boleh jadikan anda seorang yang berjaya.

Jadi, saya nak tanya anda...apa aset diri anda?


6) Kenapa anda layak untuk dapatkan jawatan tersebut?

Anda juga perlu tahu kenapa anda layak dapatkan jawatan tersebut, kalau anda tak tahu, macam mana anda nak jawab kalau dipanggil temuduga nanti. Confirm anda tak dapat jawab nanti.

Macam mana nak tahu anda layak ke tak?

Anda baca semula dari no.1 sampai 6, lepas tu buat...baru anda tahu anda layak ke tak.

Ok, saya rasa tu je kot...kalau ada yang tertinggal, anda boleh tambah kat bahagian komen.

Oh, lagi satu...

Kalau anda nak dapatkan contoh-contoh resume sebagai rujukan, anda boleh download percuma di link website bawah...

Semua resume di website ni dalam bahasa inggeris. Ada pelbagai design dan template yang boleh anda download secara percuma sahaja. Anda hanya perlu isi tempat kosong sahaja.

Anda boleh download semua resume percuma ini, tapi kalau anda tak tahu cara tulis resume yang betul, belum tentu lagi anda akan dipanggil temuduga. Sebab resume adalah komponen utama untuk anda dipanggil temuduga.

Jadi, saya syorkan anda untuk dapatkan rujukan ini --> Resume Bahasa Melayu

Panduan ini adalah rujukan LENGKAP untuk anda yang masih tak tahu cara buat resume yang boleh memikat hati bakal majikan anda.

Rujukan itu setebal 92 mukasurat ini memberikan anda satu gambaran dan 'tactical' khas dalam menghasilkan resume hebat. Target anda adalah untuk dipanggil ke temuduga dan tidak akan ada panggilan temuduga jika resume anda diketepikan.

Anda akan dapat:
  1. Manual utama resume kerja 92 m/s
  2. Soal jawab spesifik resume 39 m/s
  3. 3 contoh Cover letter sukses
  4. 4 contoh resume berjaya
  5. 10 template resume yang menarik

Saya juga syorkan supaya anda baca ebook PERCUMA ini --> Ebook 7 Kesilapan Menulis Resume Kerja

Dalam ebook ini, saya ada kongsikan kesilapan-kesilapan yang biasa orang ramai buat semasa menulis resume. Kesilapan-kesilapan ini saya lihat amat kritikal kerana kerap dilakukan berulang kali. Ini akan memberi kesan kepada kualiti resume anda.

Saya harap artikel ini dapat membantu anda hasilkan resume yang terbaik. Semoga berjaya!