Tips Temuduga/Interview Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) | Kerjaya Hunt

Tips Temuduga/Interview Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)

Tips Temuduga/Interview Suruhanjaya Perkhidmatan Awam


Mengikut jadual temuduga yang dikeluarkan di laman SPA, terdapat beberapa temuduga yang bakal berlangsung sepanjang tahun 2014 ini. Antara sesi temuduga jawatan kerajaan yang bakal dilangsungkan ialah :

Pembantu Perangkaan Gred E17 (Sabah)
(Jabatan Perangkaan Malaysia)
[ Tarikh Temu Duga: 28 September 2014 - 03 Oktober 2014 ]

Pembantu Perangkaan Gred E17 (Semenanjung)
(Jabatan Perangkaan Malaysia)
[ Tarikh Temu Duga: 28 September 2014 - 03 Oktober 2014 ]

Juruterbang/Pemeriksa Juruterbang Gred A41
(Jabatan Penerbangan Awam)
[ Tarikh Temu Duga: 25 September 2014 - 03 Oktober 2014 ]

Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S17
(Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)
[ Tarikh Temu Duga: 21 September 2014 - 03 Oktober 2014 ]

Pembantu Kesatria Gred S17
(Kementerian Belia dan Sukan)
[ Tarikh Temu Duga: 24 September 2014 - 25 September 2014 ]

Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N17
(Jabatan Perkhidmatan Awam)
[ Tarikh Temu Duga: 17 September 2014 - 26 September 2014 ]

Penolong Pegawai Teknologi Makanan Gred C27
(Kementerian Kesihatan Malaysia)
[ Tarikh Temu Duga: 17 September 2014 - 26 September 2014 ]

Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N17
(Sarawak)
[ Tarikh Temu Duga: 22 September 2014 - 24 September 2014 ]

Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N17
(Sabah)
[ Tarikh Temu Duga: 22 September 2014 - 24 September 2014 ]

Penolong Pegawai Perikanan Gred G27
(Jabatan Perikanan Malaysia)
[ Tarikh Temu Duga: 17 September 2014 - 07 Oktober 2014 ]

Penolong Penguasa Kastam Gred W27
(Jabatan Kastam Diraja Malaysia)
[ Tarikh Temu Duga: 09 September 2014 - 02 Oktober 2014 ]

Panggilan ke seisi temuduga SPA adalah satu peluang yang patut digunakan sebaik mungkin dalam mengejar cita-cita menjawat jawatan kerajaan. Lakukan persediaan yang secukupnya agar dapat memberikan prestasi terbaik buat memikat panel penemuduga SPA. Entri kali ini admin kongsikan beberapa tips umum dalam menghadapi seisi temuduga jawatan perkhidmatan awam SPA.



Tips 1 – Etika Pakaian Semasa Temuduga

Tips Temuduga/Interview Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)

Apabila menghadiri sesi temuduga SPA, aspek pemakaian perlu diberi perhatian. Bukan hanya persiapan mempertingkat IQ dan kemahiran sahaja. Persediaan untuk pemilihan pakaian juga perlu diutamakan.

Jangan sesekali mengabaikan aspek pemakaian semasa menghadiri seisi peperiksaan dan temuduga. Tahukah anda aspek pemakaian turut mempunyai ‘aura’ tersendiri semasa anda menghadiri peperiksan dan temuduga? Bukan hanya mempengaruhi panel penemuduga, malah untuk diri anda.

Dengan pemakaian yang beretika dan hebat, ianya bukan sahaja mempengaruhi panel penemuduga, malah memberi pengaruh besar kepada tahap keyakinan, ketenangan dan kehebatan anda.



Tips 2 : Tampil Kemas & Profesional

Tips temuduga ke-2 pula akan menerangkan tentang panduan ringkas untuk calon temuduga tampil kemas dan kelihatan professional. Kelihatan professional, kemas dan boleh dipercayai amatlah penting semasa sesi temuduga

Dengan perlakuan yang disarankan di bawah anda dapat menimbulkan tarikan penemuduga terhadap anda.Sekiranya penemuduga mula selesa dan percaya atas kata-kata anda,anda sudah pun melangkah sebelah kaki untuk jawatan yang dipohon. 

Berikut adalah tips temuduga & panduan ringkas untuk kelihatan professional di mata panel penemuduga :

1. Sentiasa yakin dengan diri sendiri dan setiap langkah untuk memasuki bilik temuduga diselang-selikan dengan bacaan selawat.

2. Bayangkan anda seperti bertemu rakan pejabat atau kenalan sahaja untuk menghilangkan rasa gemuruh dan gementar.

3. Jaga bahasa anda apabila berkomunikasi.Ucapkan selamat pagi ataupun berilah salam setelah anda melangkah masuk ke bilik temuduga. Ingat, kemesraan penting kerana anda hanya dapat tunjukkan dan tonjolkan keperibadian anda dalam tempoh 30 minit sahaja.

4. Tunggu penemuduga menghulurkan tangan dahulu. Kemudian barulah berjabat tangan.

5. Sentiasa tegakkan badan dan tunggu dahulu jemputan dari penemuduga barulah anda mengambil tempat duduk.Ucapkan terima kasih.

6. Setelah duduk, elakkan daripada meletakkan siku atau barangan di atas meja.

7. Duduk dalam keadaan tenang dan jangan mengoyangkan kaki.

8. Setelah penemuduga itu memulakan kata barulah anda bersuara. Setiap soalan yang ditanya sebolehnya dijawab dahulu didalam hati. Cara ini dapat mengelakkan anda dari menjawab sesuatu soalan dengan tergopoh-gapah.

9. Jawapan yang diberikan pula hendaklah tepat dan pendek. Sentiasa menjawab soalan yang diajukan ditambah dengan contoh kelebihan dan pengalaman anda dalam sesuatu bidang.

Contoh Soalan: “Ceritakan serba sedikit berkenaan diri anda”

Jawapan yang baik :

“Nama saya Syahmi Azhar bin Amiruddin. Saya lulusan daripada Universiti Kuala Lumpur dimana sesi pembelajaran disitu menekan kan 70% praktikal dan hanya 30% teori. Setelah hampir 3 tahun bekerja di syarikat Shell, saya berpeluang bekerja dengan ramai jurutera-jurutera dari Petronas, Sime Darby dan sampai sekarang masih mengekalkan hubungan dengan mereka”
*Tunjukan kemahiran anda yang tinggi,kebolehan anda bergaul dengan pekerja atasan dan sebagainya.

Jawapan yang sederhana :

“Nama saya Syahmi Azhar bin Amiruddin. Saya berumur 27 tahun. Saya berkelulusan dari Universiti Kuala Lumpur. Saya berasal dari negeri Perak.”
*Tiada kebolehan dan kepakaran yang ditonjolkan dalam jawapan yang diberikan.

10. Sentiasa mengawal fokus mata ke mata untuk melahirkan rasa percaya antara anda dengan penemuduga.

11. Kenal pasti siapa ketua panel penemuduga berikan jawapan dan segala tumpuan kepada beliau.

12. Jangan sesekali meninggikan suara. Cukuplah sekadar bertindak tegas untuk menunjukkan keperibadian anda.

13. Ucapkan terima kasih dan jgn lupa akhirkan kata-kata dengan harapan anda agar dapat menjadi sebahagian dari jabatan/syarikat itu sekiranya diterima.

Semoga tips temuduga SPA yang dikongsikan ini dapat membantu rakan-rakan calon seisi temuduga SPA dalam persediaan menghadiri seisi temuduga yang bakal berlangsung nanti. Admin mendoakan 1001 kejayaan anda. Usaha dan tawakal pada-NYA.

Bagi yang inginkan persediaan lengkap & efektif, 1 panduan yang admin syorkan adalah Pakej Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan (RLTKK). Panduan yang telah membantu ramai calon temuduga SPA sejak 2009 dan ianya sesuai diaplikasikan untuk apa jua temuduga jawatan sektor awam / kerajaan. 

Boleh layari laman web berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Pakej RLTKK --> Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan