13 Tips Semasa Temuduga | Kerjaya Hunt

13 Tips Semasa Temuduga

Sekiranya anda tidak berupaya untuk menghadiri sesuatu temuduga pada tarikh ataupun masa yang ditetapkan anda dicadangkan untuk memberitahu pihak berkenaan terlebih dahulu melalui telefon ataupun surat). Sekiranya dapat, anda boleh memohon untuk mengatur masa yang lain untuk menghadirinya.

13 Tips Semasa Temuduga

Di sini saya sediakan 13 tips untuk anda semasa menghadiri temuduga:

1) Tenangkan fikiran nada sebelum memasuki bilik temuduga. Kuatkan keyakinan diri anda bahawa anda mampu menjawab sebarang persoalan dan akan menonjolkan diri anda sebagai calon yang paling layak.

2) Ketuk pintu sebelum memasuki bilik temuduga .

3) Berikan ucapan selamat (pagi / tengahari / petang) ataupun ucapan alam (sekiranya ahli panel beragama Islam).

4) Serahkan dokumen atau sijil-sijil yang anda bawa kepada ahli panel. (jangan menunggu sehingga diminta oleh ahli panel).

5) Jangan terus duduk melainkan setelah dijemput.

6) Duduklan dalan keadaan yang anda rasakan selesa dan tidak kaku. (jangan sekali-kali duduk bersilang kaki ataupun menggoncang-goncang kaki anda. Duduk dalam keadaan yang oenuh didiplin dan sopan.

1) Rujuklah penemuduga dengan panggilan Tuan/Puan ataupun Encik. Jangan sekali-kali memanggil penemuduga dengan panggilan namaya.

2) Pastikan semasa temuduga, anda memberi perhatian sepenuhnya kepada penemuduga. Pandanglah terus ke mata setiap panel yang menyoal anda. Berikan tumpuan pada soalan yang dikemukakan. Anda dilarang sama sekali mengalihkan pandangan ke merata-rata tempat seperti ke atas ke bawah ke tepi dinding dan sebagainya.

3) Anda perlu mengawal gerak geri anda. Jangan sekali-kali mematahkan jari-jari anda, menggaru ke sana-sini dan sebagainya.

4) Anda haruslah bersopan santun walaupun ada kalanya soalan yang dikemukan mungkin mencabar anda. Reaksi-reaksi yang mencabar memang kadangkala disengajakan untuk melihat sejauh mana anda akan bertindak terhadap keadaan atau situasi yang menekan. (berilah jawapan yang menunjukkan anda mempunyai minat dan keinginan yang tinggi).

5) Bercakaplah dengan penuh yakin, tenang dan jelas.

6) Tumpukan perhatian pada setiap soalan yang dikemukakan dan beri jawapan atau tindakbalas yang teoat dan sempurna.

7) Cuba kembangkan perbincangan pada perkara yang menarik perhatian penemuduga.

8) Anda mestilah bersikap positif. Hujahkan satu-satu ‘point’ itu dengan penuh semangat.

9) Cuba kembangkan jawapan ‘ya’ atau ‘tidak’ dengan sebab musabab atau alasan-alasan yang kukuh.

10) Mintalah penjelasan sekiranya anda tidak begitu faham pada soalan-soalan tertentu.

11) Gunakan satu-satu bahasa tanpa campur aduk dengan bahasa lain. Contoh campurkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris.

12) Jawablah setiap soalan dengan tenang. Jangan cuba menengking dengan penemuduga.

13) Ucapan ‘terima kasih’ kepada panel temuduga amat-amat penting di akhir temuduga.

Ini adalah hanya beberapa tips untuk anda menghadiri temuduga tidak kira swasta atau kerajaan.

Jika anda perlukan panduan untuk lulus temuduga kerajaan, anda boleh baca panduan ini --> Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Jika anda masih lagi tercari-cari panduan mengenai persediaan menghadiri temuduga kerja kerajaan. Ebook ini adalah satu-satunya dalam Malaysia yang menyediakan panduan khusus yang lengkap untuk mereka yang berminat untuk bekerja dengan KERAJAAN.

Jika anda berminat, klik link ini untuk dapatkannya --> Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan