Apakah Itu Temuduga? | Kerjaya Hunt

Apakah Itu Temuduga?

Temuduga merupakan satu perkara yang tidak asing bagi setiap individu yang ingin mendapatkan pekerjaan. Ini adalah kerana temuduga merupakan satu proses yang mesti dilalui oleh seseorang yang inginkan pekerjaan tidak kira sama ada hal di Sektor Awam ataupun Swasta.

Temuduga sering dianggap sebagai proses penting dan peringkat terakhir dalam proses bagi mendapatkan pekerjaan.


Apakah Itu Temuduga?


Proses ini dianggap penting kerana inilah masanya individu kaan bersemuka dengan majikan. Inilah masanya individu mempunyai peluang menonjolkan dirinya, menunjukkan dirinya berupaya ataupun tidak untuk mendapatkan jawatan yang dipohon.

Selain mendapatkan pekerjaan, temuduga juga biasanya penting untuk kenaikan pangkat. Disamping hal-hal yang berkaitan dengan pekerjaan, temuduga juga amat penting bagi pelajar-pelajar terutamanya pelajar lepasan SPM.

Biasanya temuduga akan dibuat oleh pihak-pihak tertentu untuk penajaan biasiswa atau pun untuk pengambilan ke pusat-pusat pengajian tinggi di dalam atau di luar negeri.

Oleh itu, pengetahuan temuduga amat penting bagi ANDA sama ada untuk mendapatkan penajaan biasiswa, melanjutkan pelajaran ataupun mendapatkan pekerjaan kelak.

Nak lebih banyak tips berkaitan temuduga?

Download ebook PERCUMA 'Asas Bagaimana Menghadiri Temuduga Kerja Kerajaan' --> KLIK SINI