Sebelum menghadiri temuduga, anda perlu buat beberapa persediaan yang sewajarnya supaya anda tidak kelam-kabut semasa anda menghadiri temuduga nanti.
Di bawah saya sediakan 9 tips yang boleh anda ikut..
2. Setiap calon mestilah tahu jenis pekerjaan / bidang kursus yang dipohon dan mengapa berminat terhadapnya. Calon mestilah tahu sedikit sebanyak tentang ciri pekerjaan / kursus yang dipohon.
3. Pastikan anda tahu masa dan tempat temuduga akan dijalankan dengan tepat, dan berapa lama perjalannya mengambil masa. Sekiranya tempat temuduga anda jauh dari tempat tinggal anda dan anda tidak tahu tempatnya, maka anda seharusnya merancang lebih awal lagi bagaimana anda boleh tahu dan berada di tempat itu pada masa yang dikehendaki.
Contohnya bertanya kepada orang yang tahu ataupun datang awal-awal lagi untuk mencari dan memastikan tempat itu. Cubalah untuk sampai 10-15 minit lebih awal supaya anda mempunyai masa yang cukup untuk berehat dan menenangkan fikiran. Tetapi jangan terlalu lama sehingga anda merasa cemas pula.
4. Pastikan anda membawa semua dokumen-dokumen yang penting seperti sijil-sijil akademik, sijil berhenti sekolah, sijil persatuan, sijil penganugerahan, sijil kursus, surat akuan (testimonial), kad pengenalan, surat beranak, salinan resume (jika ada) serta perkara-perkara yang boleh membantu anda semasa temuduga . (bawalah dua keping gambar berukuran pasport sebagai persediaan).
5. Satu perkara yang amat penting ialah pakaian anda. Pakaian anda akan menggambarkan personaliti anda semasa temuduga . Anda wajib memakai palaian yang kemas dan bersih. Bagi calon lelaki pakailah baju kemeja lengan panjang beserta dengan tali leher. Jangan sekali-kali memakai t-shirt ataupun baju batik. Baju yang dipakai sebaik-baiknya bukanlah yang berwarna warni dan bercorak-corak.

Juga jangan memakai seluar ‘jeans’. Pakailah kasut kulit yang bersih Elakkan dari memakai kasut kain ataupun kasut sukan. Pakailah pakaian yang benar-benar menunjukkan anda adalah seorang calon yang kemas dan bersopan.
6. Bagi calon wanita pula, pakailah pakaian yang paling sopan dan jangan terlalu banyak menggunakan alat ‘make-up’ sehingga anda nampak lebih tidak cantik daripada diri anda yang sebenarnya.
7. Di samping itu, pakaian yang akan anda pakai ke temuduga mestilah pakaian yang anda rasa cukup selesa. Ini adalah kerana pakaian yang selesa akan dapat membantu memberi keyakinan dan kepercayaan terhadap diri anda.
8. Pastikan kuku dan rambut anda terurus dan kemas. Jangan sekali-kali berambut panjang untuk menghadiri sesuatu temuduga.
9. Bersedialah untuk menduduki ujian ringkas seperti ujian sikap dan sebagainya (anda dinasihatkan membawa alat tulis yang perlu seperti pen, pensel, pemadan dan pembaris).

Ini adalah beberapa tips untuk anda menghadiri temuduga tidak kira swasta atau kerajaan.
Jika anda perlukan panduan untuk lulus temuduga kerajaan, anda boleh baca panduan ini --> Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
Jika anda masih lagi tercari-cari panduan mengenai persediaan menghadiri temuduga kerja kerajaan. Ebook ini adalah satu-satunya dalam Malaysia yang menyediakan panduan khusus yang lengkap untuk mereka yang berminat untuk bekerja dengan KERAJAAN.
Jika anda berminat, klik link ini untuk dapatkannya --> Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan