Semasa interview, ada beberapa perkara yang anda perlu buat dan jangan buat atau dalam dalam bahasa inggeris Do’s and Don’t. Dalam artikel ini, saya nak kongsikan tips-tips Do’s dan Don’t Ketika Interview kerajaan atau bukan kerajaan...
Ketika Melangkah Masuk ke dalam bilik temuduga
- Tunggu sehingga nama anda dipanggil sebelum masuk ke bilik temu duga.
- Jangan masuk ke bilik temu duga sebelum anda dipanggil
- Ketuk pintu perlahan-lahan sebelum masuk
- Jangan melangkah masuk tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu.
- Lemparkan senyuman pada panel temu duga dan berjabat tangan jika penemu duga menghulurkan tangannya
- Jangan terburu-buru duduk di kerusi atau berlengah semasa diminta duduk dan bersedia
- Tunjuk minat untuk mendengar apa yang ingin dikatakan oleh penemu duga
- Jangan membongkok atau menumpang dagu semasa duduk.
Semasa Ditemuduga
- Anda dinasihatkan bertenang, dan cuba sedaya-upaya untuk menenangkan hati anda.
- Jangan merokok ataupun mengunyah ‘chew gum’.
- Kawal gerak-geri tubuh anda kerana penemu duga mengetahui banyak perkara melalui isyarat yang anda berikan contohnya riak muka.
- Jangan jawab soalan yang dikemukakan dengan jawapan yang ringkas – jawab soalan dalam bentuk memberi penerangan.
- Bertuturlah dengan penuh yakin dan tunjukkan keyakinan anda dan buktikan anda mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas.
- Jangan menipu, jawab dengan jujur, terus-terang, ringkas serta padat
- Yakinkan penemu duga bahawa andalah yang paling layak untuk menjawat jawatan itu.
- Jangan menjawab soalan dengan keterlaluan. Sekiranya penemu duga cuba bangkitkan isu politik atau isu yang sensitif, banyakkan mendengar daripada bercakap.
- Tunjukkan sifat kepimpinan dan daya inisiatif anda melalui jawapan dan penerangan yang diberi.
- Jangan tanya tentang gaji, cuti, bonus, persaraan serta lain-lain.
Soalan-soalan Yang Selalu Dikemukakan
- Berkaitan dengan latar belakang diri, keluarga dan pendidikan.
- Soalan berkaitan dengan kursus/ biasiswa/ pekerjaan (tujuan anda menghadiri temuduga).
- Soalan-soalan berkaitan denganmotivasi anda – untuk melihat sejauh mana keinginan dan minat anda.
- Soalan berkaitan dengan pengetahuan anda ( Pengetahuan khusus kepada perkara yang dipohon dan juga pengetahuan am – seperti isu-isu semasa)
Jika anda perlukan panduan untuk lulus temuduga kerajaan, anda boleh baca panduan ini --> Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
Jika anda masih lagi tercari-cari panduan mengenai persediaan menghadiri temuduga kerja kerajaan. Ebook ini adalah satu-satunya dalam Malaysia yang menyediakan panduan khusus yang lengkap untuk mereka yang berminat untuk bekerja dengan KERAJAAN.
Jika anda berminat, klik link ini untuk dapatkannya --> Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan