Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan Gred W41 dicari oleh calon peperiksaan SPA yang dipanggil bagi jawatan Akauntan dalam masa terdekat. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sendiri ada mengeluarkan panduan umum untuk sesi peperiksaan ini tetapi ianya sangat asas.
Bagi calon baru yang masih belum tahu format soalan peperiksaan Akauntan ini mungkin sangat membantu tetapi percaya atau tidak, contoh soalannya amat sedikit sekdar panduan umum calon.
Kita akan kongsikan contoh soalan nanti, tetapi perlu diingat, ianya bukanlah soalan bocor peperiksaan Akauntan Gred W41Jawatan Akauntan W41 adalah jawatan yang diletakkan di bawah Jabatan Akauntan Negara (JANM).
Mengikut rekod, tahun 2013, tiada peperiksaan ambilan jawatan ini. Kali terakhir sesi peperiksaan adalah pada tahun 2012. Jadi jika anda mendapat panggilan ke sesi peperiksaan ini, jangan lepaskan peluang kerana ini adalah peluang keemasan untuk anda menjawat jawatan Akauntan W41
Soalan-soalan tersebut, walau bagaimanapun, mungkin sesuai untuk calon lain yang berpengetahuan dalam bidang tersebut. Oleh itu, jika terdapat soalan yang tidak boleh dijawab dinasihatkan agar calon tidak membuang masa dan terus menjawab soalan-soalan yang berikutnya. Apabila masa mengizinkan kembali kepada soalan tersebut.
(b) Soalan objektif adalah soalan aneka pilihan, 4 opsyen jawapan dikemukakan dan calon perlu memilih 1. Jawapan yang dikehendaki bukan sahaja yang betul tetapi yang paling tepat. Apabila membaca dan mengkaji ke semua opsyen yang dikemukakan kerana yang diperlukan adalah jawapan yang paling tepat. Dengan meninggalkan jawapan-jawapan yang difikirkan salah, opsyen jawapan akan berkurangan dan ini dapat membantu dalam proses pemilihan jawapan yang tepat.
(c) Bagi merekod jawapan, calon dibekalkan borang khas yang akan diproses menggunakan komputer. Ditegaskan agar calon menggunakan pensil 2B sahaja. Jika alatulis-alatulis lain digunakan, jawapan calon tidak diambilkira kerana komputer tidak dapat memprosesnya. Jika calon perlu membuat perkiraan, jawapan contoh dan sebagainya, gunakan kertas lain atau buku soalan. Borang yang dibekalkan adalah khusus untuk merekod jawapan.
Contoh #2 Syarikat Infokerjaya Resources Sdn. Bhd. Telah membeli sebuah kenderaan dengan kos perolehan sebanyak RM90,767. Aset ini dijangka mempunyai nilai sisa berjumlah RM5,000 selepas 5 tahun. Kirakan jumlah peruntukan susut nilai selepas tiga tahun asset ini dugunakan dengan kaedah garis lurus?
Contoh #3 Pada 28 Julai 2013, Khairul Asrol membeli barang niaga berharga RM4,300 secara kredit dengan syarat 10% 5 hari; 5% 10 hari. Berapakah jumlah hutang yang perlu dibayar oleh Khairul Asrol pada 3 Ogos 2013?
Contoh #4 Manakah antara perkara berikut yang tidak diambil kira dalam menghitung susut nilai aset? A. Kos Pembaikan B. Harga Kos Belian C. Nilai Skrap Aset D. Jangka Usia Penggunaan Aset
Contoh #5 8 pasukan bola sepak mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain) berapakah jumlah permainan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut? A. 28 B. 49 C. 56 D. 62
Buat persediaan secukupnya bermula sekarang dan apa yang paling penting adalah persediaan anda itu bukanlah persediaan rambang. Bersedia dengan rujukan dan panduan yang tepat. Didoakan agar cita-cita anda untuk menjawat jawatan Akauntan W41 ini menjadi kenyataan.
Bagi calon baru yang masih belum tahu format soalan peperiksaan Akauntan ini mungkin sangat membantu tetapi percaya atau tidak, contoh soalannya amat sedikit sekdar panduan umum calon.
Kita akan kongsikan contoh soalan nanti, tetapi perlu diingat, ianya bukanlah soalan bocor peperiksaan Akauntan Gred W41Jawatan Akauntan W41 adalah jawatan yang diletakkan di bawah Jabatan Akauntan Negara (JANM).
Mengikut rekod, tahun 2013, tiada peperiksaan ambilan jawatan ini. Kali terakhir sesi peperiksaan adalah pada tahun 2012. Jadi jika anda mendapat panggilan ke sesi peperiksaan ini, jangan lepaskan peluang kerana ini adalah peluang keemasan untuk anda menjawat jawatan Akauntan W41
Format Peperiksaan Akauntan Gred W41
Ujian ini mengadungi empat seksyen iaitu:- Seksyen A - Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling
- Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah
- Seksyen C - Esei Bahasa Melayu
- Seksyen D - Esei Bahasa Inggeris
Tip Menjawab Soalan Akauntan W41
(a) Calon perlu peka bahawa kesemua calon yang menduduki peperiksaan ini adalah dari pelbagai bidang akademik. Soalan-soalan yang dikemukakan juga meliputi kesemua bidang akademik. Oleh yang demikian terdapat beberapa soalan yang berkemungkinan sukar untuk individu tertentu menjawab kerana berada di luar bidang pengkhususan.Soalan-soalan tersebut, walau bagaimanapun, mungkin sesuai untuk calon lain yang berpengetahuan dalam bidang tersebut. Oleh itu, jika terdapat soalan yang tidak boleh dijawab dinasihatkan agar calon tidak membuang masa dan terus menjawab soalan-soalan yang berikutnya. Apabila masa mengizinkan kembali kepada soalan tersebut.
(b) Soalan objektif adalah soalan aneka pilihan, 4 opsyen jawapan dikemukakan dan calon perlu memilih 1. Jawapan yang dikehendaki bukan sahaja yang betul tetapi yang paling tepat. Apabila membaca dan mengkaji ke semua opsyen yang dikemukakan kerana yang diperlukan adalah jawapan yang paling tepat. Dengan meninggalkan jawapan-jawapan yang difikirkan salah, opsyen jawapan akan berkurangan dan ini dapat membantu dalam proses pemilihan jawapan yang tepat.
(c) Bagi merekod jawapan, calon dibekalkan borang khas yang akan diproses menggunakan komputer. Ditegaskan agar calon menggunakan pensil 2B sahaja. Jika alatulis-alatulis lain digunakan, jawapan calon tidak diambilkira kerana komputer tidak dapat memprosesnya. Jika calon perlu membuat perkiraan, jawapan contoh dan sebagainya, gunakan kertas lain atau buku soalan. Borang yang dibekalkan adalah khusus untuk merekod jawapan.
Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan Gred W41
Contoh #1 Jualan Syarikat Teras Uji Sdn. Bhd. Bernilai RM871,421, kos barang yang dijual berjumlah RM465,651 dan kos operasi RM233,562. Kirakan untung kasar bagi syarikat ini?Contoh #2 Syarikat Infokerjaya Resources Sdn. Bhd. Telah membeli sebuah kenderaan dengan kos perolehan sebanyak RM90,767. Aset ini dijangka mempunyai nilai sisa berjumlah RM5,000 selepas 5 tahun. Kirakan jumlah peruntukan susut nilai selepas tiga tahun asset ini dugunakan dengan kaedah garis lurus?