Jawatan Penolong Penguasa Kastam W27 | Kerjaya Hunt

Jawatan Penolong Penguasa Kastam W27

Adakah anda calon Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam W27 pada 5 Ogos 2014 ini? Jika anda tidak pasti, anda boleh semak di laman web SPA melalui link di bawah:



Jawatan Penolong Penguasa Kastam W27 untuk sesi peperiksaan 5 OGOS 2014 ini adalah jawatan yang mempunyai capaian besar di seluruh negara. Jawatan ini adalah di bawah Kastam Diraja Malaysia yang mempunyai unit gerakan di seluruh negara

Jawatan Penolong Penguasa Kastam W27

Berikut adalah maklumat asas yang berkaitan dengan jawatan ini.

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kementerian/Jabatan: Jabatan Arkib Negara

Gaji Jawatan Penolong Penguasa Kastam W27

Syarat Lantikan

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau [ Gaji Permulaan: RM1,367.00 ]
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau [ Gaji Permulaan: RM1,367.00 ]
  • Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [ Gaji Permulaan: RM1,667.08 ]
  • Lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL)

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penguasa Kastam adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred W27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  • mempunyai kelayakan seperti di atas; atau
  • lulus Peperiksaan Khas; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas 

  • Menyediakan laporan-laporan harga serta menyelenggara doket-doket harga agensi, surat-surat pekeliling Jabatan, surat-surat jaminan bank.
  • Membantu dalam tugas-tugas penjenisan barang-barang dan taksiran harga barang-barang bagi tujuan pungutan duti.
  • Mengawal pergerakan barang-barang kedai-kedai bebas cukai, memproses permohonan-permohonan pengecualian dari perlesenan cukai jualan.
  • Mengawal perolehan, penyimpanan serta pelupusan barang-barang rampasan dalam stor-stor pencegah.
  • Menyemak invois-invois syarikat bagi menentukan peraturan-peraturan cukai jualan dipatuhi.
  • Menyelenggara penyata-penyata bayaran cukai jualan/cukai perkhidmatan/kad-kad lejer bayaran-bayaran cukai pelesenan dan menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan perkastaman yang lain.
Jika anda adalah calon untuk Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam W27, anda mungkin akan memerlukan panduan sebagai rujukan untuk menjawab peperiksaan tersebut.

Saya mengesyorkan anda untuk dapatkan Pakej Rujukan Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam W27. Panduan ini akan mula dijual mulai 31 Julai hingga 3 Ogos 2014, jika anda berminat untuk dapatkan panduan ini, anda boleh daftar melalui link di bawah.



PS: Panduan ini hanya akan dijual selama 4 hari sahaja, daftar nama anda sekarang supaya anda tidak terlepas untuk dapatkan panduan ini. Anda hanya perlu isi nama dan emel sahaja.