Seksyen B
Daya Menyelesaikan Masalah
Penerangan Format
Seksyen B pula adalah berkaitan dengan daya menyelesaikan masalah yang perlu dijawab dalam masa 45 minit, sebanyak 40 soalan. Kebanyakan calon mengeluh yang masa yang diberikan sama sekali tidak mencukupi. Secara umumnya format yang digunapakai tahun 2012/13 adalah sama dengan format tahun-tahun sebelum ini sejak tahun 2009 lagi. Sekali lagi, format tahun ini untuk sesi 5 Ogos 2014 adalah;- Tempoh: 45 minit
- Jumlah Soalan: 40 soalan
Soalan-soalan yang diajukan dalam seksyen ini adalah berkenaan kemahiran logik, interpretasi dan analisis data serta konsep Matematik yang hanya merangkumi silibus SPM. Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, kami cerakinkan soalan dalam seksyen B ini kepada 4 bahagian utama iaitu;
- Penyelesaian Masalah
- Menginterpretasi Data
- Soalan Matematik
- Pemerhatian dan Logik (lebih kurang IQ test)
Seperti pada huraian sekyen A, kita akan pergi kepada analisis yang lebih mendalam tentang bentuk soalan untuk setiap pecahan di atas dan setiap pecahan akan disertakan contoh dan tips bagaimana untuk anda melakukan persediaan.
Ianya tidaklah sesusah yang disangka bahkan bagi kami, bahagian ini adalah satu bahagian yang paling menyeronokkan. Untuk sesi bemula 2009 sehingga Februari 2014, anda tidak dibenarkan membawa kalkulator semasa peperiksaan ini, jadi kemahiran pengiraan cepat dan congak anda amat diperlukan di sini.
Tetapi untuk peperiksaan Online, tiada pengawas mengawasi anda. Siapkan kalkulator di sebelah anda... tiada masalah!
Sambungan ke (Seksyen C) Ujian Psikometrik