Format Soalan Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam W27 (Seksyen C) | Kerjaya Hunt

Format Soalan Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam W27 (Seksyen C)

Seksyen C
Ujian Psikometrik

Format Soalan Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam W27 (Seksyen C)

Penerangan Format

Seksyen C pula adalah berkaitan dengan Ujian Psikometrik perlu dijawab dalam masa 60 minit, sebanyak 200 soalan. Nampak seperti banyak soalan dan terma yang menggerunkan, tetapi percayalah seksyen ini pasti bakal menjadi seksyen yang paling mudah bagi anda pada 5 Ogos ini.

Ya, mudah pada hari peperiksaan sahaja tetapi ada jerat besar untuk anda pada seksyen ini. Kami akan kongsikan kepada anda tetapi sebelum itu sekali lagi ini formatnya;
  • Tempoh: 60 minit
  • Jumlah Soalan: 200 soalan
Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.

Sebenarnya seksyen ini adalah olahan semula dari seksyen yang lama iaitu Seksyen Sahsiah dan Minat.