Format Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 | Kerjaya Hunt

Format Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Format untuk peperiksaan 1 NOVEMBER 2014 ini adalah format terbaru peperiksaan khas Pegawai Tadbir Diplomatik. Jika sebelum ini peperiksaan berkisar kepada empat (4) penilaian utama iaitu berkaitan pengetahun Am dan daya menyelesaikan masalah, esei Bahasa Melayu dan Esei Bahasa Inggeris, format kali ini dua seksyen esei dibuang dan digantikan dengan Seksyen baru iaitu Ujian Psikometrik (30 Soalan sahaja)


Format Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik

Medium peperiksaan online kali ini agak mendebarkan calon terutama kepada calon yang ada pengalaman peperiksaan online SPA bermula MEI 2014. Mengikut rekod, peperiksaan Online SPA yang lalu memberikan pengalaman yang kurang baik kepada ‘first-timer’. Banyak masalah teknikal yang dihadapi. Tetapi harapannya sesi kali ini berjalan dengan lancar

Anda harus tahu juga yang Gred 41 telah mula menggunakan sistem MyRecruitment yang sebelum ini hanya untuk menapis calon lulusan ijazah bagi beberapa jawatan khusus Gred 41 seperti Pegawai Tadbir Diplomatik. Ringkasnya, sebelum sampai ke temuduga calon akan melalui 2 peringkat saringan iaitu peperiksaan bertulis/online (yang bakal anda hadapi) dan sekiranya berjaya anda akan dibawa menduduki sesi “Program Assessment Center (PAC)” sebelum ke sesi temuduga.

Tetapi mengikut maklumat TERKINI, tiada sesi PAC untuk jawatan peperiksaan 1 NOVEMBER ini. Anda yang berjaya akan terus ke sesi temuduga. Selepas selesai dan berjaya sesi temuduga, calon akan dimasukkan ke SKIM KADET PTD.

TETAPI, jika ada perubahan dan anda tiba-tiba dipanggil ke PAC, tak perlu risau mengenai PAC ini kerana Tim Infokerjaya sudah membantu ramai calon menduduki sesi PAC ini. Risalah PAC akan menjadi milik anda secara percuma sebagai BONUS pembelian anda kali ini sejurus selepas panggilan PAC dikeluarkan nanti. Ianya akan dihantar melalui email yang anda gunakan semasa pembelian. 


Jadi buat masa ini, fokus untuk berjaya dalam peperiksaan online ini terlebih dahulu. Jadi bagaimana dengan format yang anda tahu? 

Teruskan baca di bawah...


FORMAT SOALAN 

Ujian ini mengadungi tiga seksyen iaitu:

1) Seksyen A – Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling

2) Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

3) Seksyen C – Psikometrik



SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM MENGENAI MALAYSIA DAN ALAM SEKELILING

Masa: 40 minit
Bilangan Soalan: 50

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum mengenai ekonomi, kewangan, perdagangan, teknologi, pentadbiran kerajaan dan sosial. Soalan-soalan akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan am yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai diploma dalam pelbagai bidang akademik. 


Calon-calon sering mengikuti perkembangan-perkembangan dunia melalui surat khabar, majalah dan buku-buku akan berkelebihan untuk menjawab soalan-soalan ini. Antara perkara yang kerap ditanya ialah berkenaan GTP, NKRA dan banyak lagi.


SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Masa: 45 minit
Bilangan Soalan: 40

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan menggunakan;



1) Kemahiran Logik

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat tersebut untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.


2) Kemahiran Menginterpretasi Data

Calon diberi beberapa soalan menyelesaikan masalah yang menggunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisa untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Calon boleh mengunakan graf, jadual dan sebagainya agar mudah untuk calon memberi jawapan.


3) Konsep-konsep Matematik

Konsep Matematik yang perlu digunakan merangkumi algebra dan geometri. Asas-asas Matematik tersebut tidak melebihi Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM). Oleh yang demikian soalan-soalan ini dianggap sesuai untuk kesemua calon. Calon-calon dalam jurusan Matematik tidak mendapat kelebihan di seksyen ini kerana soalan-soalan yang dikemukakan merupakan soalan logik. Proses penyelesaian masalah tersebut mengaplikasikan konsep-konsep Matematik di peringkat Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM).


SEKSYEN C: PSIKOMETRIK

Ia merupakan seksyen baru diwujudkan khas dalam peperiksaan online SPA. Ia adalah ujian personaliti seseorang calon dalam membuat pertimbangan dalam sesuatu masalah.

Terdapat 30 soalan dan perlu dijawab dalam masa 15 minit. Soalannya mudah tetapi mengelirukan.

Ini sahaja yang bakal dihadapi oleh calon peperiksaan PTD. Pastinya ia mencabar kerana setiap kali peperiksaan PTD diadakan, puluhan ribu calon akan dipanggil. . Tapi jangan risau, anda boleh dapatkan contoh-contoh soalan dan tips menjawab soalan DI SINI

Formatnya 3 Seksyen sahaja tetapi mengikut penelitian Tim Infokerjaya sepanjang lebih kurang 5 tahun membantu calon (sejak tahun 2009) dalam peperiksaan bertulis memasuki perkhidmatan awam, setiap seksyen dipecahkan lagi. Ia dinamakan sebagai “pecahan dalam pecahan”!


Semuanya diceritakan dengan lebih mendalam dalam Pakej Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik.

Anda beruntung jika memilih untuk memiliki pakej rujukan peperiksaan PTD ini kerana hal ini tidak diketahui oleh calon yang lain kecuali mereka yang memiliki naskhah ini.

Anda boleh dapatkan panduan peperiksaan ini di sini --> Pakej Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik