Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 | Kerjaya Hunt

Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41

Pegawai Tadbir Diplomatik M41 menjadi jawatan idaman majoriti graduan yang mahu berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Atas faktor gaji, kemudahan kenaikan pangkat dan lain-lain kelebihan yang dinikmati kakitangan kerajaan, jawatan PTD ini mempunyai nilai yang lebih eksklusif iaitu PRESTIJ.

Apa yang lebih menarik adalah jawatan tertinggi perkhidmatan awam iaitu Ketua Setiausaha Negara adalah menjadi hak milik tetap dan mutlak Pegawai PTD. Selain itu jawatan di kedutaan termasuk duta negara juga menjadi antara jawatan yang dijawat oleh pegawai gred M41 ini.

Tidak hairanlah senarai tugas pegawai tadbir M41 ini sangat mencabar dan memerlukan persediaan diri yang tinggi.


Di bawah adalah kelayakan untuk anda yang berminat untuk menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik M41.....

Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41

GAJI MINIMUM: RM2,253.00

GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN:  RM8,731.00
GAJI TAHUNAN: RM225.00

Syarat Lantikan:

  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • [ Gaji Permulaan : RM2,253.00 ] atau
  • Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • [ Gaji Permulaan : RM2,564.14 ] atau
  • Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • [ Gaji Permulaan : RM2,875.48 ] dan
  • lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan;
  • hadir dan lulus kursus Diploma Pengurusan Awam anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); dan
  • memiliki Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Awam daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Deskripsi Tugas:

Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Sumber: http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/Ijazah/1609

Untuk anda yang telah terpilih untuk menduduki peperiksaan untuk jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41, anda boleh download panduan percuma mengenai peperiksaan ini di sini --> Ebook Percuma Pakej Rujukan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik