Apa itu MUET? | Kerjaya Hunt

Apa itu MUET?

Malaysian University English Test atau lebih dikenali dengan singkatan (MUET) mula diperkenalkan dalam sistem pendidikan di Malaysia pada tahun 1999 dan peperiksaan ini dikendalikan oleh Malaysian Examinations Council atau Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

MUET diperkenalkan untuk mengukur tahap penguasaan Bahasa Inggeris calon-calon institusi pengajian tinggi dan juga buat mereka yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi di Malaysia. 


Peperiksaan MUET ini wajib diambil oleh mereka yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama (Degree) di Institusi Pengajian Tinggi awam (IPTA) tempatan.

Bermula pada tahun 2012, ujian peperiksaan MUET ini dijalankan tiga (3) kali setahun dan dijangka akan berlansung pada bulan Mac, Julai dan November dimana tiada syarat khusus dikenakan untuk mengambil peperiksaan ini. 


Kadar bayaran yuran peperiksaan MUET yang baharu berkuat kuasa tahun 2012 ialah RM100 untuk setiap calon yang mengambil peperiksaan dimana ia merangkumi bayaran RM40 untuk bayaran asas dan bakinya RM60 untuk bayaran matapelajaran.

Bagi calon yang bercadang untuk menyemak semula keputusan ujian peperiksaan MUET, caj yang dikenakan ialah sebanyak RM70 dimana tarikh tutup rayuan semak semula ini ialah dua (2) minggu selepas tarikh keputusan ujian peperiksaan MUET ini diumumkan.

Dibawah, disediakan kalender bagi ujian peperiksaan MUET untuk tahun 2013-2014, anda boleh rujuk pada carta dibawah:


jadual muet 2014

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda.

Dapatkan panduan lengkap MUET di sini --> Pakej Lengkap Rahsia Lulus MUET