Cara Buat Rayuan Untuk Peperiksaan MUET | Kerjaya Hunt

Cara Buat Rayuan Untuk Peperiksaan MUET

Ada diantara anda yang ingin membuat rayuan penyemakan semula keputusan MUET? Dalam artikel ini saya tunjukkan cara untuk buat rayuan peperiksaan MUET.

Calon boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan ujian MUET. Caj bagi rayuan menyemak semula keputusan ujian MUET ialah RM70.00. Tarikh tutup rayuan semak semula ini ialah seminggu selepas tarikh keputusan ujian MUET diumumkan.

Pemohon hendaklah melengkapkan borang Rayuan Penyemakan Semula Keputusan (MUET/PS1) yang dapat diperoleh dan dicetak daripada portal Majlis Peperiksaan Malaysia dan hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia (u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET).

Cara Buat Rayuan Peperiksaan MUET

Maklumat lanjut tentang rayuan penyemakan semula keputusan ujian MUET dapat diperoleh melalui portal MPM www.mpm.edu.my.

Arahan & Panduan

  • Rayuan Penyemakan Semula Keputusan Ujian MUET Sesi Julai Tahun 2014 akan dibuka mulai 4 September hingga 15 September 2014. Permohonan hendaklah sampai di Majlis Peperiksaan Malaysia selewat-lewatnya pada 15 September 2014. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.
  • Perkara 2 hingga 4 dalam borang ini hendaklah diisi dengan betul dan lengkap. Permohonan yang tidak lengkap dan bayaran yang tidak mencukupi tidak akan diproses dan akan dikembalikan.
  • Sertakan salinan keratan keputusan ujian.
  • Bayaran hendaklah dibuat dengan secukupnya, iaitu RM70.00. Pembayaran hendaklah dibuat dengan menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos/Bank Draf atas nama Ketua Eksekutif, Majlis Peperiksaan Malaysia jika permohonan dibuat melalui pos. Cek tidak diterima. Bayaran secara tunai hanya boleh dibuat jika permohonan dibuat di kaunter Bahagian Pengendalian STPM dan MUET, Majlis Peperiksaan Malaysia.
  • Hantarkan borang permohonan ini bersama-sama dengan satu sampul surat (berukuran 10 cm x 23 cm) beralamat sendiri dan bersetem 60 sen.
  • Jika permohonan dihantar melalui pos, tulis perkataan SEMAK SEMULA di penjuru kiri sebelah atas sampul surat.
  • Permohonan hendaklah dialamatkan kepada Ketua Eksekutif, Majlis Peperiksaan Malaysia, Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, 68100 BATU CAVES, Selangor Darul Ehsan [u.p: Setiausaha Bahagian (Pengendalian STPM dan MUET)] dan hendaklah sampai di Majlis Peperiksaan Malaysia selewat-lewatnya pada 15 September 2014.
  • Status permohonan akan dimaklumkan kepada calon di portal Majlis Peperiksaan Malaysia www.mpm.edu.my. Jika status permohonan calon tiada dalam senarai selepas 7 hari permohonan dihantar, sila hubungi Majlis Peperiksaan Malaysia di talian 03-61261600 (u.p: Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) dengan kadar SEGERA.
  • Keputusan semak semula akan dimaklumkan di portal Majlis Peperiksaan Malaysia www.mpm.edu.my selepas 18 hari permohonan rayuan penyemakan semula diterima di Majlis Peperiksaan Malaysia (hari bekerja). Bagi calon yang berubah keputusan keseluruhan, slip keputusan yang baharu akan dihantar kepada calon. Jika keputusan calon tiada dalam senarai, sila hubungi Majlis Peperiksaan Malaysia di talian 03-61261600 (u.p: Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) dengan kadar SEGERA

Untuk mendapatkan borang (MUET/PS1), sila klik link dibawah:

Anda kena hadir Peperiksaan MUET dan tak tahu soalan apa yang akan ditanya? Panduan ini dapat selesaikan masalah anda --> Pakej Lengkap Rahsia Lulus MUET