4 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Speaking MUET | Kerjaya Hunt

4 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Speaking MUET

Dalam artikel ini, saya ingin kongsikan mengenai perkara penting yang perlu anda tahu ketika MUET Speaking. Kenapa anda perlu tahu perkara ini kerana anda mungkin akan kelam-kabut apabila berhadapan dengan situasi tersebut nanti.

4 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Speaking MUET

Terdapat 4 situasi penting yang perlu anda tahu ketika MUET Speaking...

1. Keadaan di bilik exam

Terdapat 2 orang ‘examiners’ didalam bilik tersebut. Dimana salah seorang daripada examiner tersebut akan menjaga masa. Terdapat 4 orang calon muet yang akan dinamakan sebagai calon A, B, C dan D.


2. Tugasan A ” Task A”

Setiap calon iaitu calon A, B, C dan D diberi masa selama 2 minit untuk membentang hujah berdasarkan soalan yang diberikan secara berasingan. Anda boleh berikan seberapa banyak point yang anda mahu selagi masa 2 minit belum tamat. Anda perlu bercakap berdasarkan soalan yang diberikan dengan confident, fasih dan tepat dan tidak ketinggalan juga gerak tubuh ‘body language’ anda.


3. Tugasan B “Task B”

Setiap calon A, B, C dan D dikehendaki untuk berbincang bersama selama 10 minit sehingga tidak kira samada anda mencapai kata putus dalam membuat kesimpulan atau tidak. Tetapi anda disarankan untuk mendapatkan kata putus sebagai penutup perbincangan.

Anda dinasihatkan tidak memanopoli (menguasai) perbincagan tersebut dan tidak juga sebagai pemerhati sahaja dalam perbincagan Task B tersebut. Anda juga disarankan untuk meminta pendapat calon lain ataupun anda juga boleh membantu calon lain untuk menyambung hujah yang diberikan jika calon tersebut sedang ‘BLUR’. Ini akan menunjukkan bahawa anda seorang yang prihatin.

Yang paling penting sekali, jangan sesekali menyampuk bila rakan anda memberi hujah. Anda akan dianggap biadap oleh examiners.



4. Senyum

Anda dinasihatkan supaya tidak kelihatan terlalu tertekan semasa Task A dan B berlansung. Anda digalakan untuk senyum, sekali sekala menganggukkan kepala anda, cakap seperti biasa, buat lawak sikit supaya anda dapat berfikir seketika untuk mendapat idea perbincangan.

Anda cuba berikan suatu idea yang kreatif semasa pembentangan dan hindarkan dari memberi idea yang boring. Ini kerana ia akan membuatkan examiner ‘BOSAN’.

TIPS: Buat seperti biasa semasa anda berbicara. Ini penting kerana bukan sahaja anda nampak confident tetapi anda membuatkan examiner yakin terhadap hujah yang anda berikan.

Cuba guna teknik yang saya berikan diatas. Inn syaa Allah anda akan boleh lakukannya dengan terbaik semasa Ujian Speaking MUET anda nanti.

Kongsikan tips ini pada rakan anda yang lain supaya mereka juga mendapat manfaat seperti anda.


Jika anda perlu lebih banyak lagi tips mengenai MUET Speaking, anda boleh lihat di sini --> Pakej Lengkap Rahsia Lulus MUET