Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan. Oleh itu, soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas.
Matlamat peperiksaan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorang Penguasa Kastam, Gred W41.
Bagi anda yang perlukan panduan untuk menjawab peperiksaan Jawatan Penguasa Kastam W41, saya sarankan anda untuk dapatkan panduan ini --> Pakej Rujukan Jawatan Penguasa Kastam W41
Matlamat peperiksaan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorang Penguasa Kastam, Gred W41.
Kelulusan peperiksaan ini merupakan satu daripada syarat lantikan ke skim tersebut. Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia termasuk lulus ‘Assesment Centre’ akan ditemu duga.
PANDUAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN SECARA ONLINE
- Peperiksaan Online (secara atas talian) ini boleh diambil di mana-mana lokasi tanpa perlu hadir ke pusat peperiksaan tertentu.
- Calon hendaklah mematuhi masa dan tarikh peperiksaan yang ditetapkan.
- Calon dikehendaki mendaftar masuk 10 minit sebelum peperiksaan bermula.
- Calon yang tidak mengambil peperiksaan ini tidak akan disenaraihitamkan.
- Sila baca arahan dan soalan dengan teliti sebelum menjawab.
- Layari Portal SPA www.spa.gov.my untuk mengetahui maklumat terkini mengenai peperiksaan.
SUKATAN PEPERIKSAAN MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN PENGUASA KASTAM GRED W41
SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM
Dalam seksyen ini, calon diuji pengetahuan berkenaan urusan perkastaman, pengurusan sumber ekonomi dan kewangan, perdagangan antarabangsa, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan negara, undang-undang, bidang sains, bidang sosial, bidang sukan, bidang agama dan lain-lain perkembangan dalam negara dan luar negara.
Masa : 40 minit
Soalan : 50 (aneka pilihan)
SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH
Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:
- Kemahiran Logik
- Kemahiran Menginterpretasi Data
- Konsep Matematik dan Akaun
1. Kemahiran Logik
- Calon diuji dari aspek pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat.
2. Kemahiran Menginterpretasi Data
- Calon diuji dengan menggunakan pelbagai perangkaan dan data-data untuk dianalisis.
3. Konsep Matematik dan Akaun
- Calon diuji dengan konsep Matematik dan Akaun, kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas matematik, pemahaman konsep dan kebolehan berfikir secara kuantitatif.
Masa : 45 minit
Soalan : 40 (aneka pilihan)
SEKSYEN C - UJIAN PSIKOMETRIK
Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.
Masa : 1 jam
Soalan : 200 (aneka pilihan)
Bagi anda yang perlukan panduan untuk menjawab peperiksaan Jawatan Penguasa Kastam W41, saya sarankan anda untuk dapatkan panduan ini --> Pakej Rujukan Jawatan Penguasa Kastam W41
Dengan panduan ini, anda akan dapat:
- Penerangan format peperiksaan untuk setiap seksyen
- Contoh-contoh soalan peperiksaan Jawatan Penguasa Kastam W41(bukan soalan bocor)
- Nota-nota yang berkaitan kerjaya, pengurusan dan tips-tips mengenai kastam
Panduan ini dikeluarkan oleh Tim Infokerjaya untuk membantu para graduan untuk menjawab soalan peperiksaan untuk memasuki Perkhidmatan Awam.
Jika anda nak tahu mengenai Tim Infokerjaya, anda boleh baca di sini --> Siapa Tim Infokerjaya
Semoga anda berjaya menjawab soalan peperiksaan tersebut!