9 Punca Calon Gagal Dalam Temuduga Kerja Kerajaan | Kerjaya Hunt

9 Punca Calon Gagal Dalam Temuduga Kerja Kerajaan

9 Punca Calon Gagal Dalam Temuduga Kerja Kerajaan

Apa punca kegagalan calon temuduga kerja kerajaan? 

Di sini saya ingin kongsikan 9 punca calon gagal dalam temuduga yang boleh dijadikan pengajaran buat pembaca yang bakal menghadiri seisi temuduga jawatan kerajaan atau pun swasta.

Jadikannya sebagai pengajaran dan panduan untuk diri anda berjaya mencapai impian bergelar penjawat awam..

1) Tidak Membuat Persiapan / Persediaan Secukupnya

Ramai calon temuduga tidak mengambil serius persediaan menghadapi temuduga. Persediaan yang dibuat ala-kadar dan tidak komited. Tanpa persediaan dan persiapan yang bijak, anda bakal menemui titik kegagalan dalam temuduga. 

Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa calon yang membuat persediaan/persiapan yang rapi sebelum temuduga mempunyai peratusan yang tinggi untuk berjaya. Mereka berusaha keras membuat persediaan dan tidak bergantung kepada nasib.

2) Bersifat Pasif Semasa Temuduga

Terdapat calon yang bersikap pasif semasa proses temuduga berjalan. Tidak wujud elemen interaksi dan komunikasi dalam diri calon. Ibarat sepatah yang ditanya, sepatah yang dijawab.

3) Dokumen Tidak Lengkap

Calon tidak membawa dokumen sebagai bukti kelayakan yang dinyatakan di dalam borang permohonan. Jika dokumen tersebut hilang, calon seharusnya mendapatkan dokumen sementara sebagai sokongan pada dokumen yang hilang itu.

4) Lewat Menghadiri Temuduga

Terdapat calon yang hadir lewat ke seisi temuduga SPA. Walaupun calon mampu menjawab soalan yang ditanya oleh panel penemuduga, akan terdapat komen negatif kepada calon. Pertama, calon tidak komited terhadap jawatan yang dipohon. Kedua, mungkin calon akan bersifat sedemikian apabila berkerja nanti.

5) Tidak Tahu Tentang Isu Semasa

Terdapat calon yang tidak tahu langsung tentang isu-isu semasa dan tahap pengetahuan am amat rendah. Seperti ‘katak di bawah tempurung’. Hanya tahu tentang dunianya sahaja.

6) Tidak Jujur Dalam Menjawab Soalan

Aspek penting yang perlu diberi perhatian. Panel penemuduga akan menilai aspek kejujuran dalam diri calon. Aspek kejujuran di sini adalah melibatkan perkara-perkara baik, bukan jujur mendedahkan sesuatu yang negatif. Kejujuran anda untuk berkhidmat sebagai penjawat awam dinilai.

7) Tidak Tahu Mengenai Temuduga Yang Dihadiri

Terdapat calon yang menghadiri temuduga tanpa mengetahui perihal temuduga yang dijalankan. Ini adalah salah satu kesilapan besar yang perlu anda elakkan. Situasi seperti ini akan menunjukkan calon tidak serius dan tidak komited dengan apa yang dipohon.

8) Pemakaian Yang Tidak Sesuai

Jangan sesekali mengabaikan aspek pemakaian semasa menghadiri temuduga. Tahukah anda aspek pemakaian turut mempunyai ‘aura’ tersendiri semasa anda menghadiri temuduga? 

Bukan hanya mempengaruhi panel penemuduga, malah untuk diri anda. Dengan pemakaian yang beretika dan hebat, ianya bukan sahaja mempengaruhi panel penemuduga, malah memberi pengaruh besar kepada tahap keyakinan, ketenangan dan kehebatan anda.

9) Tidur Lewat Pada Malam Sebelum Temuduga

Terdapat calon yang tidur lewat atau berjaga sehingga pagi menjelang hari temuduga. Situasi ini pastinya memberi kesan kepada kesegaran dan kecergasan diri calon. Rehat dan tidur yang tidak cukup boleh memberikan kesan negatif. 

Anda akan gagal menampilkan prestasi terbaik semasa temuduga akibat dari rehat dan tidur yang tidak cukup. Juga memberi kesan kepada tahap kecerdasan minda anda. Tanpa minda yang cerdas, anda bakal ‘bergelut’ menahan ‘asakan’ soalan dari penemuduga.

Sebelum hadir ke sesi temuduga, elakkan lakukan perkara-perkara di atas. Anda perlu bersedia dari mental dan fizikal sebelum menghadiri temuduga, kerana penemuduga akan cuba uji anda dari pelbagai aspek.. seperti pengetahuan am dan psikologi.

Semoga berjaya!

Nak lebih banyak tips berkaitan temuduga?

Download ebook PERCUMA 'Asas Bagaimana Menghadiri Temuduga Kerja Kerajaan' --> KLIK SINI