4 Situasi Dalam MUET Speaking | Kerjaya Hunt

4 Situasi Dalam MUET Speaking

Peperiksaan MUET Speaking hanya dalam beberapa hari saja lagi .. sebahagian dari calon MUET telah mengambil peperiksaan sebelum ini (repeat exam) dan ada juga yang masih baru dalam peperiksaan MUET ini. Jadi, apa yang perlu anda ketahui mengenai Peperiksaan MUET Speaking ini. Saya bongkarkannya disini. Semoga tips ini dapat membantu anda...

4 Situasi Dalam MUET Speaking



Terdapat 4 situasi MUET Speaking yang ingin saya kongsikan dalam artikel ini...


Situasi Pertama

Didalam situasi ini terdapat 2 buah meja disediakan untuk ujian MUET Speaking ini. Ditambah pula bukan 1 tetapi 2 orang pemeriksa peperiksaan akan berada bersama 4 orang calon MUET Speaking (dimana 1 kumpulan akan diasingkan kepada 4 orang calon). 

Calon-calon untuk Ujian MUET Speaking ditentukan oleh pemeriksa peperiksaan. Terdapat 5 kumpulan untuk satu-satu sesi. Ini bermakna dalam satu sesi terdapat 20 calon MUET Speaking serentak (5 x 4 = 20)

Calon-calon MUET Speaking ini dinamakan sebagai calon A, B, C dan D. Anda dinasihatkan untuk tidak menyebut nama calon sebaliknya anda perlu menyebut seperti ini “Candidate A”, “Candidate B”, Candidate C” dan juga “Candidate D” walaupun calon tersebut didalam kumpulan anda adalah rakan-rakan anda.

Akan terdapat situasi dimana apabila calon berada didalam kumpulan terakhir atau 2 kumpulan terakhir, berkemungkinan terdapat beberapa calon tidak menghadiri ujian MUET Speaking ini, selalunya pemeriksa peperiksaan akan mengasingkan / membahagikan calon kepada 3 orang sekumpulan (3-3) walaupun sepatunya (4-2) sekumpulan. 

Jika pemeriksa peperiksaan tidak mengasingkan calon kepada (3-3), anda sebagai calon mempunyai hak untuk meminta diasingkan kepada (3-3) sekumpulan kerana ia akan lebih bermakna dan lebih meriah. Akan tetapi anda perlulah meminta / bertanyakan persetujuan pemeriksa peperiksaan dengan cara yang bersopan.

Situasi Kedua

Untuk tugasan A (task A), setiap calon (A, B, C dan D) diberi masa untuk bercakap selama 2 minit penuh. Disini, calon boleh bercakap seberapa banyak point / fakta yang anda rasakan penting untuk diketengahkan kepeda pemeriksa peperiksaan. Untuk pengetahuan anda, Pihak MPM (Majlis Pemeriksaan Malaysia) tidak menetapkan point setiap calon perlu ketengahkan dan tiada juga pemotongan markah jika calon menerangkan kurang daripada 3 fakta / point).

Calon dinasihatkan untuk bercakap mengenai topik yang diberikan dengan yakin, lancar dan padat beserta dengan bahasa tubuh (body language) yang sederhana dan bukannya melampaui batas.

Situasi Ketiga

Untuk tugasan B (Task B), setiap calon (A, B, C dan D) diberi masa untuk bercakap selama 10 minit penuh serentak walaupun calon berjaya atau tidak untuk membuat kesimpulan terhadap topik yang diberikan. 

Ada yang berkata, pihak MPM (Majlis Peperiksaan Malaysia) tidak memerlukan calon membuat kesimpulan kerana perbualan semulajadi tidak semestinya mempunyai kesimpulan tetapi ia masih baik untuk dilakukan dalam tugasan B (Task B). Pihak kami tidak mengetahui pula didalam bahagian ini. Tetapi apa yang pihak kami syorkan ialah akan perlu lakukan kesimpulan.

Di dalam tugasan B (Task B) ini, calon dinasihatkan tidak menguasai perbincangan ataupun sebaliknya, tidakhanya menjadi “penumpang” dimana tidak bercakap sepatahpun dalam tugasan ini. Apa yang perlu anda lakukan ialah anda perlu bertanyakan kepada calon-calon lain pendapat mereka atau membantu merekamenamatkan ayat / idea mereka yang tergantung apabila mereka dalam situasi “blur”. Ini akan membuatkan anda mendapat perhatian yang lebih dari pihak pemeriksa peperiksaan.

Situasi Keempat

Calon perlu sentiasa Senyum … bercakap secara semula jadi (bukan macam robot), buat beberapa jenaka dan memberikan idea-idea yang kreatif dan bukannya memberikan pandangan yang boleh membuatkan calon lain dan pemeriksa peperiksaan bersikap bosan, ketawa bersama-sama dan pada masa yang beseronok semasa memberikan pandangan anda kerana pemeriksa akan berasa bosan dan menyampah mendengar pandangan yang sama sahaja. 

Jika calon boleh membuat pemeriksa dan juga calon yangketawa (dengan cara yang meyeronokkan), kemungkinan besar pemeriksa akan lebih bersedia untuk memberikan yang lebih baik buat anda …

Disini saya berikan contoh kepada anda bagaimana untuk mendapatkan Band 6 dalam Ujian MUET Speaking berdasarkan soalan tahun- tahun lepas.

Day 1, Session 1 Year End 2011 (not exact words)
People who give the most meaningful contribution to society
a) garbage collectors
b) toilet cleaners
c) road sweepers
d) gardeners

Candidate A:
Good morning to the examinerS and my fellow candidateS. There are many people in this world who contribute meaningfully to society. Some sit in high positions while those who do menial tasks are no less worthy. Likewise, garbage collectors have a significant contribution to our society as not many would voluntarily do this ‘stinky’ but necessary job.

First and foremost, I think garbage collectors deserve merit because they are the ones who maintain the cleanliness of our neighbourhood. This is because, without them, there would be rubbish strewn around everywhere which is a sight for sore eyes. Moreover, the stench itself would cause unease among citizens who need to go about their daily business. For example, rotten food, soiled diapers and so on would be an unbearable sight if not collected and disposed of properly.

Secondly, garbage collectors should be held in high esteem as their job of maintaining the hygiene of society is a crucial one. This means that without them, diseases would spread rampantly. In addition, the overall health of society would suffer as garbage that is uncollected is an excellent breeding ground for bacteria and insects. For instance, piles of uncollected rubbish is the perfect place for dengue and malaria carrying mosquitos and many more.

Last but not least, a garbage collector’s job is very meaningful to society because in this modern era, humans have managed to produce so much rubbish per day that without them, the sheer amount would drown the whole city in a week! Imagine how much plastic packaging each of us throws away within a day. Take for example all the empty plastic bottles, Maggi mee wrappers, plastic packaging from the supermarket and even paper products like cigarette boxes and newspapers among others.

In short, society would be seriously crippled if garbage collectors did not do their job. Therefore, I truly believe that garbage collectors provide a very meaningful contribution to today’s society. Thank you.

Untuk mendapatkan lebih lanjut mengenai ujian peperiksaan MUET Speaking, dapatkan ebook Rahsia Lulus MUET --> Pakej Lengkap Rahsia Lulus MUET