Tujuan utama temuduga diadakan ialah untuk memilih calon yang benar-benar layak untuk tujuan organisasi berkenaan. Dalam perkara ini, pihak majikan akan menyenarai pendek nama calon-calon. Calon-calon yang dipanggil temuduga biasanya adalah calon-salon yang layak belaka dari segi kelayakan tersurat atau bertulis (berdasarkan borang permohonan).

Maka temuduga dijalankan untuk mengenalpasti betul-betul calon yang akan dipilih itu sememangnya mempunyai kelayakan dari berbagai-bagai aspek (terutamanya yang tidak dapat dinilai melalui borang permohonan) seperti motivasi dan kesungguhan, minat, personaliti, keupayaan berfikir, pengalaman dan sebagainya.
Tujuan Lain Temuduga:
- Untuk melihat ciri-ciri personaliti anda
- Untuk mengetahui dan membuktikan pengetahuan, kemahiran dan bakat anda
- Untuk mengetahui dan membuktikan pencapaian akademik dan latihan yang pernah anda ikuti.
- Untuk mendapatkan maklumat tentang pengalaman bekerja anda (jika ada)
- Untuk menilai motivasi dan keinginan anda bekerja
- Untuk menanya / memberitahu anda akan jenis pekerjaan dan tanggungjawab pekerjaan yang dipohon / ditawarkan.
Nak lebih banyak tips berkaitan temuduga?
Download ebook PERCUMA 'Asas Bagaimana Menghadiri Temuduga Kerja Kerajaan' --> KLIK SINI