Jawatan Penguasa Kastam W41 | Kerjaya Hunt

Jawatan Penguasa Kastam W41

Mengikut jadual peperiksaan dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA), pada 6 September 2014 ini, akan ada peperiksaan untuk Jawatan Penguasa Kastam W41. Jika anda ingin tahu sama ada anda layak atau tidak, anda boleh buat semakan di sini --> Semakan Peperiksaan Online Jawatan Penguasa Kastam W41

Jawatan Penguasa Kastam W41

Jika anda layak untuk menghadiri peperiksaan online ini, tahniah saya ucapkan kerana ini adalah peluang anda untuk bekerja dengan kerjaan yang mempunyai banyak manfaat untuk anda.

Baca maklumat mengenai Jawatan Penguasa Kastam W41 di bawah...

Jadual Gaji:

  • Gaji Minimum: RM1,925.00
  • Gaji Maksimum: RM8,685.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM225.00

Syarat Lantikan

  • Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • [ Gaji Permulaan : RM1,925.00 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • [ Gaji Permulaan : RM2,131.73 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • [ Gaji Permulaan : RM2,235.51 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • [ Gaji Permulaan : RM2,650.63 ] atau
  • Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan;
  • [ Gaji Permulaan : RM2,650.63 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan;
  • [ Gaji Permulaan : RM2,754.41 ] atau
  • Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia;
  • [ Gaji Permulaan : RM2,858.19 ] dan
  • lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL)

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Penguasa Kastam adalah layak dipertimbang untuk PSL ke jawatan Penguasa Kastam Gred W41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  • mempunyai kelayakan di atas; atau
  • lulus Peperiksaan Khas; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas

  • Memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif, membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/cukai jualan, memproses serta meluluskan permohonan pengimportan/pengeksportan barang-barang berduti tertakluk kepada larangan-larangan import/eksport di pintu-pintu masuk/keluar negara, Zon-zon Bebas Cukai dan Gudang-gudang Berlesen.
  • Memproses permohonan lesen gudang-gudang eksais, gudang-gudang berlesen, gudang-gudang pengilangan berlesen.
  • Mengaudit akaun syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah akta-akta Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan untuk pungutan cukai jualan/perkhidmatan.
  • Memproses permohonan mendapatkan pengecualian cukai jualan, memeriksa stok dan penggunaan barang-barang berduti syarikat-syarikat yang mendapatkan pengecualian duti kastam, memproses permohonan remisi cukai, menyelia tugas pemeriksaan penumpang dan menjalankan siasatan ke atas syarikat/individu yang melakukan penyelewengan/penyeludupan dan bertindak sebagai Pegawai Pendakwa bagi kes-kes kastam di Mahkamah dan menjalankan lain-lain tugas penguat kuasaan.

Bagi anda yang perlukan panduan untuk menjawab peperiksaan Jawatan Penguasa Kastam W41, saya sarankan anda untuk dapatkan panduan ini --> Pakej Rujukan Jawatan Penguasa Kastam W41

Anda juga boleh dapatkan preview panduan ini di sini --> Muat Turun Percuma (Klik di sini)

Dengan panduan ini, anda akan dapat:
  • Penerangan format peperiksaan untuk setiap seksyen
  • Contoh-contoh soalan peperiksaan Jawatan Penguasa Kastam W41(bukan soalan bocor)
  • Nota-nota yang berkaitan kerjaya, pengurusan dan tips-tips mengenai kastam

Panduan ini dikeluarkan oleh Tim Infokerjaya untuk membantu para graduan untuk menjawab soalan peperiksaan untuk memasuki Perkhidmatan Awam.

Jika anda nak tahu mengenai Tim Infokerjaya, anda boleh baca di sini --> Siapa Tim Infokerjaya

Semoga anda berjaya menjawab soalan peperiksaan tersebut!